THE LABS GADGET - FINANCE & HR - PV LAYOUT V1.3
================================================

TUJUAN:
- Susun atur cetakan Payment Voucher ikut contoh A4 yang diberikan.
- RECEIVED BY = Payee (data dari PV).
- DESCRIPTION = Purpose (data dari PV), tanpa kategori / invoice reference tambahan.
- PV NO = PV Number. DATE = tarikh PV dibuat.
- PAYMENT BY = Payment Method. BANK / PAID FROM = akaun yang dipilih.
- SUBTOTAL dan TOTAL = Amount daripada PV.
- 3 kotak tandatangan: RECEIVED BY, CHECKED BY, APPROVED BY.
- Buang ATTN, Account Code, nombor revision, footer audit dan ruangan lain
  yang tidak diperlukan pada borang cetakan.
- PV Pending / Approved / Rejected yang BELUM PAID mempunyai watermark
  status NOT PAID supaya dokumen tak disalah anggap sebagai bukti pembayaran.
- CSV untuk Excel masih kekal. Untuk layout A4: Print / Save PDF.

SERASI:
- Finance HR V1.1 (menambah fungsi cetak + layout baru), atau
- Finance HR V1.2 yang standard (mengubah layout cetak sahaja).
- Jika fail Finance pernah diubah suai, updater akan BERHENTI. Jangan paksa
  overwrite, kerana boleh menyebabkan data / fungsi tersalah.

CARA PASANG TANPA SENTUH CRM:
1. Backup DATABASE FINANCE dan folder /financehub. Terutama financehub/app/views.php
   dan financehub/pv_print.php jika sudah ada.
2. Buka cPanel > File Manager > Document Root domain crm.thelabsgadget.com.
3. Masuk folder financehub (sama lokasi dengan index.php).
4. Upload The_Labs_Gadget_PV_Layout_PATCH_V1_3.zip dan Extract di financehub.
5. Pastikan file upgrade_pv_v1_3.php berada sebari dengan index.php,
   dan ada folder patch_pv_v1_3 di situ.
6. Login Finance HR sebagai Admin.
7. Buka https://crm.thelabsgadget.com/financehub/upgrade_pv_v1_3.php
8. Klik Install PV Template V1.3 sekali SAHAJA. Tunggu mesej berjaya.
9. Buka Payment Vouchers > PV Register > Print / Save PDF pada satu PV.
10. Test A4 portrait. Browser Print: Destination Save as PDF, paper A4,
    margin None, scale 100%, Background graphics ON jika perlu warna.
11. Selepas ujian berjaya, PADAM upgrade_pv_v1_3.php dan patch_pv_v1_3/
    (juga updater lama yang tidak digunakan). Jangan padam app/ asal,
    assets/, pv_print.php atau database.

APA YANG TIDAK BERUBAH:
- Tiada arahan SQL / perubahan database.
- Tiada edit kepada rekod PV, jumlah, status, pembayaran, atau cash flow.
- CRM sedia ada tidak disentuh.
- Updater semak checksum dan simpan backup fail yang diubah dalam app/.

Jika keluar 'No files changed' atau 'different version', hentikan dan
hantar screenshot mesej sahaja (jangan kongsi password).
